Gambar Hiasan |
1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan.
Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan
seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni
yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan
syariat. insyaAllah.
3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti
kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah
input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di
majlis-majlis tersebut.
4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti
solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang
diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online
(kalau boleh, semua ini seiring).
5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur
(mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami
isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)
6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah
yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka,
perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai
baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah.
Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt
yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai
dengan seluar.
7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu).
Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat.
Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.
8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung
Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku
& menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk
menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. (
kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^
9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih
dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah
diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.
10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh
berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir
bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan
pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt
muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :)
.
No comments:
Post a Comment